Peraduan Gila Bola Mister Potato!
SYARAT & PERATURAN
1.
Peraduan ini bermula pada 1 Mei 2008 hingga
30 November 2008.
2.
Peraduan ini terbuka kepada semua
warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas, kecuali kakitangan Mamee-Double
Decker Group (MDD), syarikat subsidiari dan syarikat sekutu, agensi pengiklanan
dan perhubungan awam, wakil pengedar dan ahli keluarga mereka yang terdekat.
Peserta berumur 17 tahun dan ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu bapa sebelum
mengambil bahagian di dalam peraduan ini.
3.
Untuk mengambil bahagian,
peserta dikehendaki:
a)
Kumpulkan seberapa banyak
penutup kertas berwarna merah daripada tin edisi khas Mister Potato 160g
dan/atau beg edisi khas sama ada 85g atau 55g yang telah kosong
b)
Klipkan penutup dan beg
secara berasingan menggunakan dawai kokot dalam jumlah 10 keping/beg setiap
ikatan dengan kemas
c)
Isikan penutup kertas
merah dan beg kosong di dalam satu sampul surat berserta satu salinan kad
pengenalan yang jelas. Anda boleh menggunakan lebih daripada satu sampul surat
tetapi sila pastikan satu salinan kad pengenalan bersama nombor telefon bimbit
anda disertakan di dalam setiap sampul surat
d)
Labelkan nama dan alamat
penganjur peraduan pada setiap sampul surat dengan jelas. Alamat penganjur
adalah:
Mister Potato Football Contest,
Kilang
Makanan Mamee Sdn Bhd,
Lot
793, Jalan SS 13/1K,
Off
Jalan Persiaran Subang Indah,
Taman
Industri Subang,
47500
Subang Jaya,
Selangor
Darul Ehsan.
e)
Kirimkan melalui pos atau
hantarkan sendiri semua sampul tersebut sebelum 30hb setiap bulan
f)
Ulangi Langkah 1 hingga 5
setiap bulan dan hantarkan seberapa banyak penutup atau beg yan terkumpul untul
memenangi hadiah-hadiah menarik
4.
Mata Bola Sepak
a)
Penutup kertas merah tin
160g = 3 mata
b)
Pek 85g =
2 mata
c)
Pek 55g =
1 mata
5. Atas sebab-sebab tertentu, MDD tidak akan
bertanggungjawab jika SMS yang dihantar tidak diterima ataupun pengguna tidak
dapat menghantar sms ke talian sms peraduan ini.
6. Peserta dikehendaki memastikan penutup kertas merah tin
eidsi terhad Mister Potato Crisps 160g atau pek Mister Potato Chips 85g atau 55g adalah salinan asal yang
lengkap, tidak rosak. MDD berhak untuk menidakkan penutup
kertas merah Mister Potato Crisps atau pek Mister Potato Chips yang gagal mematuhi syarat tersebut di atas
7.
Setiap peserta layak
untuk memenangi lebih daripada satu hadiah sepanjang tempoh promosi.
8.
Pemenang akan menanggung
sendiri segala kos panggilan, kos pengangkutan ke pejabat atau cawangan MDD
semasa menuntut hadiah. Jika pemenang tidak dapat datang ke pejabat MDD untuk
menuntut hadiah, dia boleh memilih untuk mengirim hadiah ke alamat sendiri
tetapi kos kiriman akan ditanggung oleh pemenang.
9.
Hadiah-hadiah yang tidak
dituntut sebelum 31 Disember 2008 akan ditarik balik oleh MDD dan pemenang
tidak boleh menuntut hadiah tersebut lagi.
10.Semasa menuntut hadiah mengikut syarat yang tertera,
pemenang dikehendaki menunjukkan kepada pegawai MDD salinan asal kad pengenalan
11.Hadiah-hadiah
mesti dituntut sendiri kecuali dinasihatkan sebaliknya.
12.Atas
sebab-sebab tertentu, MDD berhak untuk membenarkan pemenang mencalonkan
seseorang untuk mewakilinya bagi menuntut hadiah. Wakil tersebut dikehendaki
menunjuk surat kebenaran bertulis dari pemenang, kedua-dua kad pengenalan
pemenang serta wakil semasa menuntut hadiah.
13.Hadiah-hadiah
tidak boleh dipindah milik atau digantikan dengan wang tunai.
14.MDD
tidak memberikan sebarang jaminan ke atas hadiah atau kualiti hadiah.
15.MDD
berhak untuk menukar, menggantikan atau mengubah sebarang hadiah dengan hadiah
lain yang sama nilai tanpa perlu memberi sebarang notis kepada peserta.
16.MDD
berhak untuk menyiarkan nama, gambar atau memaparkan sebarang perkara berkaitan
dengan pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa sebarang notis
kepada pemenang. Pemenang-hadiah tidak berhak untuk menuntut sebarang bentuk
pembayaran, yuran atau ganti rugi untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
17.Semua
pemenang mesti menghadiri majlis penyampaian hadiah atau aktiviti am lain untuk
tujuan mempromosikan dan mengiklankan peraduan ini.
18.Pemenang
yang gagal mematuhi Syarat & Peraturan peraduan yang ditetapkan akan
disingkirkan.
19.Dengan
menyertai peraduan ini, peserta bersetuju sepenuhnya untuk terikat kepada
segala Syarat & Peraturan dan keputusan yang dibuat oleh MDD dan segala
keputusan yang dibuat oleh MDD berhubung dengan peraduan ini adalah muktamad.
20.MDD
berhak untuk menukar, meminda, menambah, mengubah atau menggantung sebarang
Syarat & Peraturan yang ditetapkan tanpa perlu memberi sebarang notis
kepada peserta.
21.Keputusan
panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
22.Talian
perkhidmatan pelanggan akan dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5
petang. Talian ini akan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am.
MISTER POTATO FOOTBALL CONTEST – SMS BONUS
SYARAT & PERATURAN
1.
Peraduan
ini bermula pada 1 Jun 2008 hingga 30 November 2008.
2.
Peraduan
ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas, kecuali
kakitangan Mamee-Double Decker Group (MDD), syarikat subsidiari dan syarikat
sekutu, agensi pengiklanan dan perhubungan awam, wakil pengedar dan ahli
keluarga mereka yang terdekat. Peserta berumur 17 tahun dan ke bawah perlu
mendapat kebenaran ibu bapa sebelum mengambil bahagian di dalam peraduan ini.
3.
Peserta
mesti mengambil bahagian dalam peraduan utama, kalau tidak mata bola yang
dimenangi daripapada penyertaan peraduan SMS akan dibatalkan.
4.
Perserta
mesti menggunakan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengan nombor kad
pengenalan yang digunakan dalam peraduan utama untuk mendapat mata SMS Bonus.
5.
Setipa
perserta boleh mengambil bahagian dalam peraduan SMS lebih daripada satu kali
sepanjang promosi.
6.
Setiap
peserta layak untuk memenangi mata Bonus SMS lebih daripada satu kali sepanjang
tempoh promosi.
7.
Pemenang
akan menanggung sendiri segala kos SMS dan panggilan.
8.
Mata
bola bonus tidak boleh dipindah milik atau digantikan dengan wang tunai.
9.
MDD
berhak untuk menukar, menggantikan atau mengubah sebarang hadiah dengan hadiah
lain yang sama nilai tanpa perlu memberi sebarang notis kepada peserta.
10.
MDD
berhak untuk menyiarkan nama, gambar atau memaparkan sebarang perkara berkaitan
dengan pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa sebarang notis
kepada pemenang. Pemenang-hadiah tidak berhak untuk menuntut sebarang bentuk
pembayaran, yuran atau ganti rugi untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
11.
Semua
pemenang mesti menghadiri majlis penyampaian hadiah atau aktiviti am lain untuk
tujuan mempromosikan dan mengiklankan peraduan ini.
12.
Pemenang
yang gagal mematuhi Syarat & Peraturan peraduan yang ditetapkan akan
disingkirkan.
13.
Dengan
menyertai peraduan ini, peserta bersetuju sepenuhnya untuk terikat kepada
segala Syarat & Peraturan dan keputusan yang dibuat oleh MDD dan segala
keputusan yang dibuat oleh MDD berhubung dengan peraduan ini adalah muktamad.
14.
MDD
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan penghantaran SMS akibat
pembekal perkhidmatan telco.
15.
Bukti
penghantaran SMS bukan bukti penyertaan.
16.
MDD
berhak untuk menukar, meminda, menambah, mengubah atau menggantung sebarang
Syarat & Peraturan yang ditetapkan tanpa perlu memberi sebarang notis
kepada peserta.
17.
Keputusan
panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.