Terma & Syarat

Peraduan 'Snack & Win' ("Peraduan") ini dianjurkan oleh Mamee-Double Decker (M) Berhad ("MDD") dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 4 Februari 2013.

Kumpulan yang termasuk dalam penerangan di bawah tidak layak untuk menyertai Peraduan:

Kakitangan MDD (termasuk anak syarikat dan syarikat bersekutu) serta keluarga terdekat, wakil, pekerja, orang gajian dan/atau ejen pengiklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi MDD (termasuk anak syarikat dan syarikat bersekutu) dan keluarga terdekat mereka dan/atau pembekal percetakan MDD terlantik serta penyedia teknologi SMS yang dilantik (termasuk keluarga terdekat mereka).

Memandangkan semua penyertaan dihantar menerusi penyedia telekomunikasi bebas (terhad kepada Celcom, Maxis, DiGi) di mana MDD tidak mempunyai sebarang kawalan, MDD tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan penghantaran SMS penyertaan yang mungkin mengakibatkan para peserta terkeluar daripada proses pemilihan di sepanjang Tempoh Peraduan.

Tempoh

Peraduan akan berlangsung dari 0:00:00 pada 4 Februari 2013 sehingga 23:59:59 pada 28 April 2013 ("Tempoh Peraduan"). MDD berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa.

Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan serta-merta. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Cara Penyertaan

1. Untuk menyertai Peraduan, peserta perlu mendapatkan Kod Unik dengan membeli mana-mana perisa pek edisi peraduan Mister Potato 'Snack & Win'.

a.       Mister Potato Crisps 160g


b.    Mister Potato 75gm
     

c. Mister Potato 40gm
     
d. Mister Potato Mexican Wave 70g
     

2. Penyertaan juga boleh dibuat dengan memandu uji kereta Chevrolet di mana-mana bilik pameran Chevrolet untuk mendapatkan Kod Unik. Kod Unik daripada pandu uji Chevrolet hanya boleh digunakan SEKALI sahaja untuk mata bonus.

Cara mendapatkan kod SMS

a. Bagi Mister Potato Crisps 160gm: Kod Unik dicetak di atas penutup foil kanister.

Description: TH-Packaging Lid w Unique Code

b. Untuk Mister Potato 75gm & Mister Potato Mexican Wave 70gm: Kod Unik dicetak di sebelah dalam pek foil.

c. Untuk pandu uji kereta Chevrolet, Kod Unik akan diberikan setelah mereka selesai memandu uji kereta Chevrolet di mana-mana bilik pameran Chevrolet.

2.   Para peserta boleh menghantar penyertaan menerusi SMS dan/atau menerusi laman Facebook Mister Potato di www.facebook.com/misterpotatocrisps.

3.   Setiap Kod Unik hanya sah untuk satu (1) penyertaan sahaja.

4.   Penutup foil bagi Mister Potato Crisps 160g, pek Mister Potato 75g, pek Mister Potato 40g atau pek Mister Potato Mexican Wave 70g yang mengandungi Kod Unik yang digunakan oleh peserta dalam penyertaan mereka perlu disimpan sebagai bukti pembelian sekiranya peserta diisytiharkan sebagai pemenang oleh MDD. MDD berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mengemukakan bukti pembelian sekiranya diminta berbuat demikian.

Penyertaan menerusi SMS:

i.   Taip

MPC<jarak> Kod Unik<jarak> NO. K.P. <jarak>NAMA PENUH (seperti K/P)

Contoh: MPC 12345678 860723141121 ALI BIN AHMAD 

dan hantar SMS anda ke 36660.

ii.   Peserta perlu menjawab satu soalan yang diterima menerusi SMS, dan menghantar kembali jawapan mereka ke 36660.

iii.   Sebanyak 2 SMS diperlukan untuk setiap penyertaan. Penyertaan SMS yang tidak lengkap akan dibatalkan.

iv.   Peserta akan dikenakan caj RM0.60 untuk kedua-dua jawapan SMS auto daripada MDD. Semua penyertaan dan jawapan SMS yang dihantar adalah tertakluk kepada kadar terkini oleh penyedia perkhidmatan. Peserta yang memilih untuk menyertai Peraduan perlu memiliki telefon mudah alih sendiri atau peranti mudah alih yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan yang sah dan mempunyai perkhidmatan
SMS.

Penyertaan Online:

i.   Langkah 1: Layari www.facebook.com/misterpotatocrisps dan klik butang 'Like' untuk menyertai.

ii.   Langkah 2: Pergi ke laman 'Snack & Win' dan daftar masuk jika anda telah berdaftar atau daftarkan diri bagi pengguna baru.

iii.   Langkah 3: Masukkan Kod Unik dan klik 'hantar'.

iv.   Langkah 4: Jawab soalan yang diberikan dengan tepat, klik 'hantar'.

v.   Semua kotak maklumat yang diperlukan mestilah dipenuhi. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

Setiap soalan yang dijawab menerusi penyertaan Kod Unik yang diperolehi daripada pek edisi 'Snack & Win' akan memberikan anda satu (1) mata.

Pandu Uji Chevrolet

1.   Untuk mendapatkan mata bonus, peserta boleh memandu uji mana-mana kereta Chevrolet di mana-mana bilik pameran Chevloret dan dapatkan Kod Unik.

2.   Soalan yang dijawab (dengan tepat) menerusi penyertaan Kod Unik yang diperolehi daripada Pandu Uji Chevrolet akan memberikan peserta sepuluh (10) mata.

3.   Peserta hanya boleh menyerahkan maksimum satu (1) Kod Unik Pandu Uji Chevrolet di sepanjang Tempoh Peraduan.

4.   Borang yang mengandungi Kod Unik yang digunakan oleh peserta dalam penyertaan perlu disimpan sebagai bukti pandu uji sekiranya peserta diisytihar sebagai pemenang.

5.   Borang ini MESTILAH dicop dan ditanda tangani oleh wakil Chevrolet sebagai bukti pengesahan.

6.   Kod Unik yang diperolehi menerusi Pandu Uji Chevrolet TIDAK BOLEH dipindah milik.

Pemilihan Pemenang

Para pememang akan dipilih berdasarkan kaedah berikut.

a.   Pemenang Hadiah Utama

      Pada penghujung Tempoh Peraduan, tiga peserta dengan jumlah mata tertinggi di sepanjang Tempoh Peraduan akan diisytihar sebagai pemenang Hadiah Utama.

b.   Pemenang Hadiah Mingguan

      Pada penghujung Tempoh Peraduan mingguan, peserta dengan jumlah mata tertinggi di sepanjang Tempoh Peraduan mingguan akan diisytihar sebagai pemenang.

Hadiah-Hadiah

1. Hadiah Utama

Hadiah Pertama

Chevrolet Captiva edisi Manchester United 2.4L

Hadiah Kedua

Chevrolet Cruze edisi Manchester United 1.8L

Hadiah Ketiga

Chevrolet Sonic edisi Manchester United 1.4L

2.   Hadiah Mingguan

Hadiah Mingguan: RM300

a. Jumlah keseluruhan pemenang adalah tiga puluh lapan (38) pemenang hadiah mingguan di sepanjang dua belas (12) minggu.

Tempoh Peraduan

Pemenang

Minggu 1

4 Februari - 10 Februari 2013

Minggu 2

11 Februari - 17 Februari 2013

Minggu 3

18 Februari - 24 Februari 2013

Minggu 4

25 Februari - 3 Mac 2013

Minggu 5

4 Mac - 10 Mac 2013

Minggu 6

11 Mac - 17 Mac 2013

Minggu 7

18 Mac - 24 Mac 2013

Minggu 8

25 Mac - 31 Mac 2013

Minggu 9

1 April - 7 April 2013  

Minggu 10

8 April - 14 April 2013

Minggu 11

15 April - 21 April 2013

Minggu 12

22 April - 28 April 2013

b. MDD berhak menukar atau menggantikan mana-mana hadiah yang ditawarkan dengan mana-mana hadiah yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis kepada peserta.

c. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar atau dituntut dengan tunai atau sebarang bentuk lain.

d. SEMUA hadiah hanya akan dikeluarkan dalam TIGA (3) bulan selepas tamatnya Peraduan.

Pemenang

1.   Jumlah keseluruhan pemenang adalah empat ratus dan lima puluh sembilan (459) pemenang.

-     3 x pemenang Hadiah Utama

-     456 x pemenang Hadiah Mingguan

2.   Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang disukai.

3.   Kesemua pemenang mingguan hanya boleh menang sekali (1) sahaja tetapi mereka masih berpeluang memenangi Hadiah Utama di sepanjang Tempoh Peraduan. Bagaimanapun, sekiranya peserta telahpun memenangi Hadiah Mingguan, Hadiah Mingguan akan diberikan kepada peserta seterusnya dengan jumlah mata tertinggi bagi minggu tersebut.

4.   Jika terdapat keputusan seri, peserta yang menghantar penyertaan SMS dan/atau online terawal akan dipilih sebagai pemenang.

5.   Penyertaan mingguan akan dijumlahkan untuk Hadiah Utama tetapi TIDAK untuk Hadiah Mingguan.

6.   Pemenang akan dimaklumkan menerusi telefon, SMS atau kaedah komunikasi lain yang dirasakan wajar oleh MDD setelah peraduan tamat berdasarkan butiran yang diberikan kepada MDD sewaktu proses pendaftaran. MDD tidak akan bertanggungjawab sekiranya para pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. MDD juga tidak akan bertanggungjawab jika makluman kepada para pemenang tidak diterima atau lewat tiba.

7.   Butiran para pemenang akan dipaparkan di www.facebook.com/misterpotatocrisps ("Laman Sesawang") 3 hingga 5 hari bekerja selepas tamat Tempoh Peraduan. Para peserta dinasihatkan agar sentiasa menyemak Laman Sesawang. MDD tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan, kesilapan teknikal atau kelewatan dalam pengumuman pemenang.

8.   MDD tidak akan bertanggungjawab ke atas kualiti dan kesesuaian hadiah yang ditawarkan.

9.   Semua hadiah perlu dituntut daripada MDD (Semenanjung atau Sabah dan Sarawak) di majlis penyampaian hadiah. MDD berhak membatalkan pemenang yang gagal menghadiri majlis penyampaian hadiah. Semua perbelanjaan yang timbul di sepanjang majlis penyampaian hadiah hendaklah ditanggung sendiri oleh para pemenang.

10. Kereta-kereta sebenar bagi Hadiah Utama mungkin digunakan untuk tujuan promosi yang berkaitan peraduan ini menurut budi bicara mutlak MDD.

Syarat Kelayakan (Syarat & Peraturan)

1.   Penyertaan hanya sah bagi warganegara Malaysia, 18 tahun dan ke atas pada 4 Februari 2013 dan memiliki MyKad yang sah.

2.   Penyertaan bagi Peraduan ini mesti dilakukan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas ("SMS") dan/atau Online. Penyertaan SMS atau Online yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik tanpa sebarang notis.

3.   Setiap penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan direkodkan menurut waktu penerimaan (tt/bb/hh/jj/mm/ss). Waktu penerimaan akan digunakan bagi menentukan turutan angka penyertaan peraduan.

4.   Semua penyertaan SMS atau/dan Online perlu diterima oleh MDD pada jam 23:59:59 pada setiap hujung bulan/minggu di sepanjang Tempoh Peraduan. Penyertaan selepas tarikh ini akan dibatalkan dan tidak akan dilayan.

5.   Peserta harus maklum yang MDD mungkin berkongsi butiran peribadi berkaitan peserta Peraduan ini dengan ejen atau subkontraktor yang dilantik dalam menyediakan khidmat yang berkaitan Peraduan ini. Penghantaran SMS bagi Peraduan ini akan dianggap sebagai kebenaran daripada peserta. Jika anda tidak mahu butiran peribadi anda dikongsi dengan cara ini, sila hantarkan penyertaan secara Online dan tandakan pilihan untuk tidak berkongsi maklumat peribadi anda.

6.   MDD mempunyai hak mutlak untuk menolak atau membatalkan penyertaan tanpa memberikan sebarang sebab kepada para peserta atau pihak-pihak lain.

7.   Para peserta tidak digalakkan untuk menggunakan lebih daripada satu nombor talian mudah alih untuk menghantar penyertaan.

8.   MDD berhak menarik balik hadiah-hadiah sekiranya pemenang tidak mematuhi terma dan syarat peraduan yang telah ditetapkan.

9.   Pemenang Hadiah Utama perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah secara peribadi untuk menuntut hadiah mereka. Pemenang Hadiah Mingguan perlu menuntut hadiah mereka secara peribadi di mana-mana pejabat MDD berdekatan dalam tempoh empat (4) bulan selepas tamat tempoh peraduan. Memandangkan hadiah-hadiah dalam Peraduan ini bersifat sensitif terhadap waktu, MDD mungkin tidak berupaya menyediakan hadiah-hadiah ini kepada para pemenang jika mereka tidak menuntut hadiah mereka dalam waktu yang ditetapkan. Oleh itu, para pemenang perlu patuh dengan tarikh akhir bagi tuntutan seperti yang termaktub dalam seksyen ini. Sewaktu menuntut hadiah, syarat seperti berikut perlu dipatuhi; pemenang berdaftar perlu mengemukakan kad pengenalan asal kepada pegawai MDD, nombor peranti mudah alih untuk pengesahan (dan mestilah sah) serta bukti pembelian seperti yang termaktub dalam terma dan syarat. Kegagalan mematuhi syarat ini dan kegagalan menghadiri majlis penyampaian hadiah memberi hak kepada MDD untuk menolak tuntutan para pemenang ke atas hadiah.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para pemenang memberi hak kepada MDD untuk menyiarkan nama dan gambar atau memaparkan sebarang perkara berkaitan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti berhubung dengan Peraduan tanpa memberi notis kepada pemenang. Pemenang harus maklum yang MDD akan, tertakluk kepada notis awal berkenaan jadual dan lokasi perfileman, mempunyai hak untuk merakam pengalaman pemenang dalam sebarang media yang dirasakan sesuai (termasuk tetapi tidak terhad kepada rakaman video dan audio) di bawah Peraduan untuk tujuan promosi di masa hadapan. Pemenang tidak berhak menuntut sebarang bayaran dalam sebarang bentuk, yuran atau ganti rugi bagi penggunaan gambar mereka atau butiran yang berkaitan dengan di atas.

11. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan (secara lisan atau bertulis) tidak akan dilayan.

12. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta sedia maklum dan bersetuju untuk tertakluk di bawah semua terma, syarat dan keputusan yang dibuat oleh MDD. Semua keputusan yang dibuat berkaitan Peraduan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Tiada Jaminan

MDD serta anak syarikatnya, pegawai, pengarah, kakitangan, ejen, pembekal dan/atau subkontraktornya menyediakan perkhidmatan ini berasaskan prinsip 'sedia ada' dan tanpa sebarang jaminan atau syarat, yang secara langsung atau tidak. MDD serta anak syarikatnya, pegawai, pengarah, kakitangan, ejen, pembekal dan/atau subkontraktornya dengan terperinci melepaskan diri daripada sebarang jaminan gelaran, cenderamata, prestasi, keadaan fizikal bagi tujuan tertentu dan tidak melanggar undang-undang. Oleh itu, tiada saranan, atau maklumat (secara lisan atau bertulis) yang didapati daripada MDD oleh peserta akan mendapat jaminan.

Had Tanggungan

MDD berhak menukar, meminda, menambah dan/atau menggantung sebarang terma dan syarat yang dinyatakan di sini tanpa sebarang notis kepada perserta. MDD tidak menjamin ketersediaan perkhidmatan dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan atau kegagalan dalam prestasi untuk sebarang keadaan. Risiko penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) hendaklah ditanggung sendiri oleh para peserta. MDD tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang mungkin berlaku kepada peranti para peserta (telefon mudah alih, peranti mudah alih, peralatan computer, perisian dan termasuk data) akibat penggunaan khidmat pesanan ringkas ini.

Dalam sebarang keadaan, MDD atau anak syarikatnya, pegawai, pengarah, kakitangan, ejen dan pembekalnya dan/atau subkontraktornya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau sebagainya sama ada secara langsung atau tidak, umum, khusus, menuntut, keadaan terpaksa dan/atau tidak sengaja, yang timbul atau berkaitan perilaku peserta atau orang lain berkaitan penggunaan khidmat pesanan ringkas, perkhidmatan atau terma dan syarat termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian atau sebarang kejadian luar biasa atau kerosakan tidak disengajakan (yang timbul, termasuk kecuaian) yang timbul atau berkaitan dengan terma dan syarat.

Tanggungan kerugian

Para peserta dengan ini bersetuju membebaskan MDD dan Manchester United Football Club Limited daripada segala tanggungan seperti tuntutan, kerosakan, tanggungan, kekurangan, penalti, kehilangan, kos, perbelanjaan (termasuk tanpa had, yuran guaman dan ganti rugi berasaskan tanggungan penuh) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh MDD dan Manchester United Football Club sebagai hasil atau akibat daripada perlanggaran perwakilan, jaminan, perlakuan dan terma yang termasuk dalam terma dan syarat yang diguna pakai ini.

Perlakuan

Jika sebarang peruntukan terma dan syarat dianggap tidak boleh dilaksanakan, maka peruntukan itu akan diubahsuai untuk menggambarkan niat pihak MDD. Semua peruntukan yang sedia ada dalam terma dan syarat akan terus diguna pakai secara penuh.

Kepelbagaian

MDD berhak mengubah suai atau membatalkan Peraduan ini atas sebarang sebab tanpa sebarang notis pada bila-bila masa. MDD juga berhak untuk mengubah peruntukan terma dan syarat berkaitan Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada peserta.

Tambahan

Sebarang keputusan MDD berkaitan Peraduan ini adalah muktamad. MDD tidak perlu memberi sebarang alasan atau menjawab pertanyaan sesiapa atau mana-mana pihak berkenaan Peraduan.

MDD tidak akan bertanggungjawab atau menerima sebarang tanggungan dalam sebarang bentuk yang timbul atau dialami oleh peserta dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak berpunca daripada Peraduan atau pun hadiah-hadiahnya.

Manchester United Football Club Limited tidak akan bertanggungjawab atau menerima sebarang tanggungan dalam sebarang bentuk yang timbul atau dialami oleh peserta dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak berpunca daripada Peraduan atau pun hadiah-hadiahnya.

Jika terdapat sebarang percanggahan di antara terma dan syarat yang disenaraikan di sini dengan mana-mana iklan, promosi, publisiti dan sebarang bahan berkaitan Peraduan, terma dan syarat yang disenaraikan di sini akan diguna pakai.

Jika didapati terdapat sebarang percanggahan atau kekeliruan dengan terma dan syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Kebenaran Peribadi:

Dengan menyertai peraduan ini, anda secara sukarela membenarkan Kumpulan Manchester United ("MU") (mewakili semua syarikat dengan nama MU) dan lain-lain Rakan Komersil MU (kerana kedua-dua pihak boleh berubah mengikut masa) mungkin berkongsi dan menggunakan maklumat peribadi anda (a) untuk membekalkan produk dan perkhidmatan yang anda minta, (b) bagi tujuan pemprofilan pengguna dan kajian pasaran serta (c) kecuali anda menandakan kotak di bawah, menghubungi anda menerusi pos, telefon atau secara elektronik (termasuk e-mel, teks atau TV digital) mengenai produk, perkhidmatan, tawaran dan acara berkaitan MU.

Saya tidak mahu menerima maklumat mengengai produk, perkhidmatan, tawaran dan acara daripada:

-Kumpulan Manchester United

-Rakan Komersil MU

Sila baca Polisi Privasi kami yang turut meliputi senarai terkini syarikat Kumpulan MU dan Rakan Komersil MU di www.manutd.com atau untuk mendapatkan salinan, sila poskan permintaan kepada MU DP Officer di MU Ltd, Freepost, NWW4517A, Old Trafford, Manchester M16 1BX.