PENAFIAN

  1. Maklumat yang terdapat dalam laman web ini serta kandungannya adalah untuk makluman umum sahaja. Ia disediakan untuk anda oleh Mamee-Double Decker (M) Berhad (No. Syarikat  222363-T) (“MDD”).
  2. Anda bersetuju bahawa penggunaan laman web ini oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.
  3. Walaupun MDD berusaha memastikan maklumat di laman web ini sentiasa dikemas kini, benar dan tepat, MDD tidak membuat apa-apa pernyataan atau jaminan, secara tersurat atau tersirat, tentang kebenaran, kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berhubung dengan laman web atau maklumat, kandungan, produk, perkhidmatan atau grafik berkaitan yang terkandung dalam laman web ini atas apa jua tujuan. Kebergantungan anda terhadap maklumat tersebut dengan itu adalah atas risiko anda sendiri.
  4. MDD tidak menjamin ketersediaan khidmat laman web ini dan tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa kelewatan atau kegagalan dalam melaksanakannya di bawah apa jua keadaan.
  5. Dalam apa jua keadaan, MDD tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini.
  6. MDD mengambil maklumat peribadi anda (contohnya maklumat pengenalan diri anda seperti nama, alamat, umur, butiran talian hubungan lain seperti nombor telefon, alamat e-mel, kata laluan dan sebagainya) melalui laman web ini hanya jika anda bersetuju untuk memberikannya secara sukarela. Ini mungkin berlaku apabila anda mendaftar dalam laman web ini, meminta maklumat, menghantar komen atau mengambil bahagian dalam permainan, promosi, kajian, pertandingan atau ciri lain dalam laman web.
  7. MDD biasanya hanya meminta butiran peribadi anda yang diperlukan sewajarnya untuk:
  8. Umumnya MDD menyimpan maklumat peribadi tentang:
  9. MDD umumnya tidak meminta maklumat sensitif tentang anda melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang terpakai. Maklumat sensitif termasuklah maklumat berkaitan: Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda diambil, jangan berikannya.
  10. MDD hanya menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran anda untuk tujuan yang telah dinyatakan atau tujuan berkaitan yang dapat dijangka sewajarnya. Contohnya, MDD boleh dari semasa ke semasa menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang dianggap oleh MDD sebagai menarik minat anda.
  11. MDD tidak menjual maklumat peribadi anda kepada organisasi lain. Walau bagaimanapun, apa-apa maklumat yang diperoleh daripada anda disebabkan anda menggunakan laman web ini boleh dilanjutkan kepada rakan sekutu dan perniagaan MDD yang dipercayai tanpa perlu memberitahu anda lagi. Maklumat tentang diri anda juga boleh didedahkan jika ia diperlukan untuk memenuhi kehendak undang-undang, untuk menangani fraud atau isu teknikal.
  12. Dengan menggunakan laman web ini, anda juga bersetuju untuk diikat oleh mana-mana kaedah dan peraturan atau dasar yang mungkin diumumkan di laman web ini dari semasa ke semasa.
  13. Semua kandungan dan fungsi di laman web ini, termasuk teks, grafik, logo, ikon dan imej serta pilihan dan pengaturannya, merupakan hak eksklusif MDD atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta yang berkenaan. Semua hak yang tidak diberikan secara nyata adalah dikekalkan.
  14. Tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan, reka bentuk dan logo (secara kolektif disebut sebagai “Tanda dagang”) yang dipaparkan pada laman web ini ialah harta berdaftar bagi MDD atau pemberi lesennya dalam apa-apa media awam (contohnya siaran akhbar, laman web) untuk tujuan periklanan atau promosi, atau untuk mempengaruhi atau mendorong mana-mana pihak ketiga dan bahawa anda tidak akan menggunakan atau menghasilkan semula mana-mana Tanda dagang atau menyatakan secara tersirat apa-apa pengendorsan dengan MDD atau pemberi lesennya. Anda hanya boleh menggunakan Tanda dagang dengan keizinan nyata daripada MDD. Anda tidak boleh menggunakan Tanda dagang dalam apa jua cara yang memburukkan atau memberikan gambaran negatif. Dalam apa jua keadaan, anda tidak boleh meminda, mengubah suai atau mengubah Tanda dagang MDD.
  15. Apa-apa penyebaran semula atau penghasilan semula bagi sebahagian atau semua kandungan laman web ini dalam apa jua bentuk adalah dilarang melainkan untuk tujuan di bawah: Anda tidak boleh, melainkan dengan keizinan khusus secara bertulis daripada MDD, mengedarkan atau menggunakan secara komersil kandungan laman web ini, anda juga tidak boleh memaparkannya atau menyimpannya di mana-mana laman web lain atau bentuk lain sistem elektronik perolehan kembali.
  16. Penggunaan laman web ini tanpa kebenaran boleh menimbulkan tuntutan kerugian dan/atau merupakan kesalahan jenayah.
  17. Anda dengan ini mengaku janji untuk menanggung rugi dan melindungi MDD, subsidiarinya, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan/atau subkontraktornya daripada semua tuntutan, kerosakan, liabiliti, kekurangan, hukuman, kerugian, kos, perbelanjaan (termasuk tanpa had, fi undang-undang dan pembayaran berasaskan tanggung rugi penuh) yang mungkin ditanggung, dikenakan ke atas dan dihadapi oleh MDD, subsidiarinya, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan/atau subkontraktornya disebabkan oleh atau sebagai akibat daripada atau berkaitan dengan apa-apa pelanggaran mana-mana pernyataan, jaminan, aku janji dan syarat yang terkandung dalam terma dan syarat penggunaan.
  18. Melalui laman web ini, anda boleh dihubungkan ke laman web lain yang bukan di bawah kawalan MDD. MDD tidak mempunyai kawalan ke atas ciri, kandungan dan ketersediaan laman web tersebut. Pautan ke mana-mana laman web tersebut tidak menunjukkan saranan atau sokongan terhadap pandangan yang dinyatakan di dalamnya.
  19. MDD atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam penciptaan, penghasilan atau penyampaian laman web ini bagi pihaknya tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan, kos, kerugian atau liabiliti sampingan, turutan, tidak langsung atau hukuman yang timbul daripada akses anda, penggunaan anda, ketidakmampuan anda menggunakan, perubahan yang anda lakukan pada kandungan laman web ini atau yang timbul disebabkan mana-mana laman web lain mengakses laman web ini atau daripada apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh MDD.
  20. MDD berhak mengubah, menukar, meminda atau mengubah suai terma dan syarat penggunaan ini dari semasa ke semasa tanpa makluman lanjut kepada anda.
  21. Jika mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini dinyatakan sebagai menyalahi undang-undang atau tidak boleh dilaksanakan, ia tidak akan mempengaruhi terma dan syarat lain yang terdapat di sini.
  22. Anda hendaklah mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan peraturan dalam negara dan antarabangsa yang terpakai berkenaan penggunaan laman web ini oleh anda.
  23. Penggunaan laman web ini oleh anda dan apa-apa pertikaian yang timbul disebabkan penggunaan laman web ini oleh anda adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  24. Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dengan versi Bahasa Inggeris bagi terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.